Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

RESIPI JAMU ASLI












JAMU ASLI.

Tumbuk ibu kunyit dan halia sampai lumat.
Bubuh secawan air panas. Tapis dan ambil airnya Campurkan madu asli dan kuning telur ayam kampong. Amalkan minum jamu ini tiga kali seminggu.

Ramuan ini amat berkesan kerana kunyit dapat menghilangkan keputihan dan mengurangkan lemak. Halia untuk menghangatkan badan sementara madu asli dan kuning telur untuk menambah tenaga dan mengurangkan keletihan.!!

**Ramuan ini almost& memang pon same as Kunyit Asem Sirih + Madu. Cume dah siap...minum je.


http://www.facebook.com/BuahManjakaniOnline

PETUA RAWAT RAHIM BENGKAK SELEPAS BERSALIN















RAWAT RAHIM BENGKAK SELEPAS BERSALIN.

Ambil sekepal beras , halia dan jintan manis... Halia taddi diketuk dan dikeringkan. Tumbukkan lada hitam dan cengkih. Bahan-bahan ini diasingkan dan dimasukkan dalam kain. Kemudian balutkan pada perut setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.

Selain mengelakkan rahim membengkak, ia juga berupaya membuang angin dalam badan dan melancarkan peredaran darah. Boleh juga diamalkan selepas tempoh berpantang untuk mendapatkan perut dan pinggul yang cantik serta rahim yang sihat.

Notakakitangan:Petua ni kadang ikot kenegerian dan kebiasaan sesebuah keluarga keturunan. Ibu Hamil yg muder boleh lah tanye pd Kakak2/Makcik2 mengurut untuk kesahihan ok. Dorg lebih arif.
Sebagai contoh; serbok manjakani ditabur atas pad utk rawat pintu rahim,.....seperti kebiasaan sebelah nur, biji Manjakani diasah pd buntut lesung batu, dititip air seperti bedaksejuk,dan ditepek pada pintu rahim/utk mempercepatkan jahitan kembali pulih..

Ada jugak yang gunakan bijimanjakani utk merawat luka kencing manis,...atau dibuat minum rebusan...(which is which am not tht clear,..tp itulah petuanyer).

Infact,buat pasangan yg telah berkahwin tapi lewat utk mengandung disarankan pergi mengurut,dan selepas mengurut disyorkan makan manjakani, utk membersihkan aliran dalaman. Mengecutkan urat urat yg kembang,.. Tapi let the Makcik Urut advise further laa yer,...http://www.facebook.com/BuahManjakaniOnline



+Tips Kehamilan
+BUKU & E-BOOK PANDUAN MENGHADAPI KEHAMILAN
+PENJAGAANKESIHATAN DAN SENAMAN SEMASA MENGANDUNG


Sunday, June 23, 2013

Resipi Langsing selepas melahirkan.

Resipi Langsing selepas melahirkan.
{boleh dikatakan ramai yg biase dgn resipi turun temurun ni, cume yg melahirkan cara ceasarean , not sure ikan bilis gatal atau tidak....}Perlu pencerahan disini.

Apepon cumer berkongsi...

Untuk mengelakkan badan mejdi gemuk selepas bersalin, ambillah 5cm halia bara(halia cina),10 biji lada hitam dan 30ekor ikan bilis. Tumbuk semua sampai lumat dan perahkn ir limau nipis. Makan bersama nasi panas pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang...

Tuesday, May 7, 2013

PILIS=MERIANG


Pilis pada kening tujuannya supaya tidak terkena Meriang, iaitu sejenis penyakit panas badan/demam yang amat sukar dirawat jika terkena penyakit itu. Malah pada setengah kaum ibu yang terkena meriang, oleh kerana terlalu panas pada kepala menyebabkan saraf otak terjejas, akibatnya ada saraf halus yang terputus sehingga menyebabkan sakit otak, atau kurang wajar perangainya. Dipercayai meriang disebabkan kerana adanya darah yang tidak habis keluar masa melahirkan.

 Oleh kerana itu,satu cara dibuat oleh orang – orang dahulu dengan mengamalkan pilis, supaya bahagian atas kepalanya itu sentiasa sejuk.

Gunakan pada waktu sehari harian selama pantang dua minggu sekurang kurangnya dari hari pertama melahirkan.


Pilis boleh mencegah meriang, selesa dan segar digunakan dan memudahkan tidur dengan nyaman disamping itu mencegah kedut kedut pada kulit atas kening/dahi.

Featured Post

BuahManjakani Kapsul Serbok Manjakani Sabun Manjakani Manjakanigentel Scrub Manjakani MaskerManjakani

Knur jual dlm bentuk Singlebuy & Hotdeals. Singlebuy. (s...