Showing posts with label Bertungku. Show all posts
Showing posts with label Bertungku. Show all posts
Wednesday, September 24, 2014
Thursday, December 12, 2013
PETUA RAWAT RAHIM BENGKAK SELEPAS BERSALIN
RAWAT RAHIM BENGKAK SELEPAS BERSALIN.
Ambil sekepal beras , halia dan jintan manis... Halia taddi diketuk dan dikeringkan. Tumbukkan lada hitam dan cengkih. Bahan-bahan ini diasingkan dan dimasukkan dalam kain. Kemudian balutkan pada perut setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.
Selain mengelakkan rahim membengkak, ia juga berupaya membuang angin dalam badan dan melancarkan peredaran darah. Boleh juga diamalkan selepas tempoh berpantang untuk mendapatkan perut dan pinggul yang cantik serta rahim yang sihat.
Notakakitangan:Petua ni kadang ikot kenegerian dan kebiasaan sesebuah keluarga keturunan. Ibu Hamil yg muder boleh lah tanye pd Kakak2/Makcik2 mengurut untuk kesahihan ok. Dorg lebih arif.
Sebagai contoh; serbok manjakani ditabur atas pad utk rawat pintu rahim,.....seperti kebiasaan sebelah nur, biji Manjakani diasah pd buntut lesung batu, dititip air seperti bedaksejuk,dan ditepek pada pintu rahim/utk mempercepatkan jahitan kembali pulih..
Ada jugak yang gunakan bijimanjakani utk merawat luka kencing manis,...atau dibuat minum rebusan...(which is which am not tht clear,..tp itulah petuanyer).
Infact,buat pasangan yg telah berkahwin tapi lewat utk mengandung disarankan pergi mengurut,dan selepas mengurut disyorkan makan manjakani, utk membersihkan aliran dalaman. Mengecutkan urat urat yg kembang,.. Tapi let the Makcik Urut advise further laa yer,...http://www.facebook.com/BuahManjakaniOnline
+Tips Kehamilan
+BUKU & E-BOOK PANDUAN MENGHADAPI KEHAMILAN
+PENJAGAANKESIHATAN DAN SENAMAN SEMASA MENGANDUNG
Sunday, June 23, 2013
BERTUNGKU SELEPAS BERSALIN
BERTUNGKU( terpenting dalam sejarah bersalin).
Bertungku biasanya dilakukan pada hari pertama selepas bersalin dengan TUJUAN MEMECAHKAN DARAH BEKU ATAU SISA SISA DARH KOTOR yang maseh tertinggal didalam perut dan juga dapat mengecutkan urat urat peranakan.
Barang/Perkakas yang diperlukan untuk bertungku.
1-Batu Sungai - selama 2 minggu pertama.
2-Besi Tungku - minggu ke 3 dan seterusnya.
3-Daun Mengkudu, Daun pandan, Daun Lengkuas, Daun Limau dan Daun sireh untuk disapu pada buntut tungku, baru dibalut dengan kain. (Pokok Sireh juga tidak semua orang boleh menanam sireh, kekadang Sireh tak hidup...)
Cara Cara melakukan Tungku....(sambungan)..
1-Panaskan batu/besi selama 20minit
2-Salut batu dengan daun daun yang tercatit sebelum ini dan balut dgn kain.
3-Sapu minyak pd seluruh anggota badan kecuali muka,payudara dan anggota sulit dan pakai kain tebal(selimut). Barulah bertungku di bahagian yang diperlukan sehingga batu tersebut sejuk.
4-Tungku biasanya dilakukan 1/2 jam sehari sehingga habis pantang.
Sekadar berkongsi,....Mungkin Sisters ader pendapat tersendiri ya..
Cara bertungku tersendiri...
Bahagian bahagian badan yang perlu ditungku:-
-bhagian peranakan yang bertujuan untuk mengecutkan peranakan yang mengembang sewaktu mengandung. Peranakan juga perlu disengkak atau dinaikkan ke atas dengan menolak bahagian Rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat. Untuk menyengkak ini hanya boleh dilakukan oleh orng yang mahir atau bidan bidan kampong..
Jika peranakan tidak disengkak atau dinaikkan menyebabkan perut buncit dan berasa tidak selesa, seakan akan adanya bendayang menonjol ingin keluar daripada faraj. Bertungku memerlukan pengetahuan dan kemahiran agar tidak merosakkan terhadap diri sendiri....
Tuesday, May 7, 2013
PILIS=MERIANG
Pilis pada kening tujuannya supaya tidak terkena Meriang, iaitu sejenis penyakit panas badan/demam yang amat sukar dirawat jika terkena penyakit itu. Malah pada setengah kaum ibu yang terkena meriang, oleh kerana terlalu panas pada kepala menyebabkan saraf otak terjejas, akibatnya ada saraf halus yang terputus sehingga menyebabkan sakit otak, atau kurang wajar perangainya. Dipercayai meriang disebabkan kerana adanya darah yang tidak habis keluar masa melahirkan.
Gunakan pada waktu sehari harian selama pantang dua minggu sekurang kurangnya dari hari pertama melahirkan.
Pilis boleh mencegah meriang, selesa dan segar digunakan dan memudahkan tidur dengan nyaman disamping itu mencegah kedut kedut pada kulit atas kening/dahi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
BuahManjakani Kapsul Serbok Manjakani Sabun Manjakani Manjakanigentel Scrub Manjakani MaskerManjakani
Knur jual dlm bentuk Singlebuy & Hotdeals. Singlebuy. (s...























